Kajian Di Amazon Menemukan Lebih 381 Spesis Baru – Memperlihatkan Penemuan Spesis Baru Hampir Dua Hari Sekali

Kajian Di Amazon Menemukan Lebih 381 Spesis Baru – Memperlihatkan Penemuan Spesis Baru Hampir Dua Hari Sekali

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Terkini, WWF dan Mamirau√° Institute for Sustainable Development telah mengeluarkan laporan kajian terbaru mereka di hutan Amazon, mengatakan mereka menemui spesis haiwan atau tumbuhan baru hampir setiap dua hari sekali. Dalam tempoh kajian yang dijalankan sejak dua tahun ini, sebanyak 381 spesis baru telah ditemui oleh para pengkaji.

Laporan sama yang meliputi kajian antara 2014 hingga 2015 lepas mengatakan kebanyakkan spesis baru untuk haiwan dan tumbuhan ini ditemui dikawasan yang terancam dengan aktiviti manusia seperti pembalakkan dan sebagainya.

Amazon merupakan hutan terbesar di dunia, dan sejumlah spesis baru sering ditemui di sana dari tahun ke tahun. Antara tempoh 1999 hingga 2015 lepas sahaja, sebanyak lebih 2000 spesis telah ditemui – sekaligus menjadikan ia antara hutan utama yang disukai para pengkaji seluruh dunia.

Melalui laporan yang diterbitkan pada minggu ini, sebanyak 381 spesis baru ditemui, meliputi 281 spesis tumbuhan, 93 jenis ikan, 32 amfibia, 20 mamalia, dan juga 19 reptilia, termasuk satu spesis burung baru.

Hutan Amazon hanya meliputi sekitar 1% daripada permukaan bumi sahaja, tetapi dijangka menjadi habitat untuk sekitar 10% daripada spesis yang telah dikenal-pasti sehingga hari ini. Pada masa yang sama, diperingkat global, ia disasarkan terdapat sekitar 80% spesis kehidupan yang masih belum dikenal-pasti lagi.


TIPS & ULASAN